Saturday, August 21, 2010

Pengenalan MATAIS

Assalamu'alaikum semua (:

Alhamdulillah, akhirnya, blog rasmi
Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah (MATAIS) telah berjaya ditubuhkan. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan lagi MATAIS kepada masyarakat. Semoga kewujudan blog ini mendatangkan manfaat kepada kita semua. ameen ;)

MUQADDIMAH

“Sesiapa yang membaca Al-Quran dan menghafalnya dengan sempurna, lalu menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan diberi keizinan untuk memberikan syafaat kepada sepuluh orang ahli keluarganya yang telah pasti masuk neraka.” (Hadith)
Gelombang kebangkitan Islam akhir-akhir ini telah berjaya merobah pemikiran umat Islam dan menyedarkan mereka tentang peri pentingnya kembali kepada sistem pendidikan alternatif, iaitu sistem pendidikan Islam yang sepadu dan seimbang, sesuai dengan keperluan duniawi dan ukhrawi. Sistem sebegini sebenarnya telah dipelopori oleh generasi silam dan terbukti mampu melahirkan tokoh-tokoh agung di persada sejarah Islam. Nama-nama seperti Al-Imam As-Syafi’i (feqah), Ibnu Zuhr (perubatan), Ibnu Sina (falsafah & perubatan) dan Al-Khawarizmi (matematik & astronomi) adalah ilmuan-ilmuan dan cendekiawan-cendekiawan Islam yang mengamalkan tradisi menghafal al-Quran dan mendalami pelbagai ilmu naqli dan ‘aqli, agama dan profesional.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah (MATAIS) ditubuhkan pada 1 Jun 1994 bersamaan dengan 21 Zulhijjah 1414 di atas kesedaran untuk mempergiatkan dan memperluaskan lagi ilmu Allah S.W.T kepada semua masyarakat khususnya kepada generasi muda yang kelak akan memimpin keluarga, masyarakat, negeri dan negara, walau dalam apa jua bidang.
Pada peringkat awal penubuhannya, MATAIS hanya menyediakan pengajian pondok dan tahfiz Al-Quran di mana ianya bermula dengan 2 orang pelajar dan seorang guru. Namun, dengan hasrat untuk meneruskan kesinambungan perlaksanaan sistem pendidikan Islam dan memenuhi keperluan masyarakat yang berkehendakkan kepada institusi pendidikan alternatif yang sepadu dan seimbang, sistem pendidikan MATAIS diubah dengan menggabungkan sistem pengajian Tahfiz Al-Quran dan kelas akademik yang menggunakan sukatan SMU (A) Yayasan Islam Kelantan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Allhamdulillah, dengan kerjasama pihak pengurusan dan para guru MATAIS yang berdedikasi, MATAIS telah berjaya merealisasikan hasrat tersebut secara rasminya pada 20 Januari 2000.
Hingga kini, selama penubuhannya itu, seramai 20 orang pelajar MATAIS telah menamatkan 30 juzuk Al-Quran dan mendapat pengiktirafan serta sijil daripada pihak MATAIS sebagai Al-Hafiz.

MATAIS suatu ketika dahulu



OBJEKTIF


-Melahirkan hafiz-hafiz al-Quran yang berilmu serta mampu menjadi tenaga penggerak bagi meneruskan kesinambungan institusi ‘ulama yang ‘amilin.


-Membentuk generasi yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, akal dan akhlak.


-Memantap serta memperkukuhkan sistem pendidikan Islam agar dapat memenuhi keperluan semasa.


-Memastikan kecemerlangan pelajar dari segi syakhsiah, ilmu-ilmu agama dan akademik.


LOKASI




MATAIS dibangunkan di atas sebidang tanah GM 248, Lot 2567, Mukim Kubang Terap, Daerah Pasir Mas, Kelantan berkeluasan ¼ ekar beralamat Pondok Kampung Dangar, 17000 Pasir Mas, Kelantan.


KURIKULUM

MATAIS menggabungkan tiga kurikulum sekaligus di dalam sistem pendidikannya iaitu:
( klik untuk besarkan gambar )

KO-KURIKULUM
Keseimbangan dalam sistem pendidikan amat penting, justeru beberapa aktiviti ko-kurikulum dipekenalkan meliputi:-
i. Persatuan/Badan i.i. Badan Dakwah dan Rohani i.ii. Badan Disiplin i.iii. Persatuan/Kelab Akademik
ii. Sukan dan Permainan ii.i. Seni mempertahankan diri ii.ii. Badminton ii.iii. Pingpong ii.iv. Sahibba ii.v. Catur

Untuk memantapkan iman dan amal, pelajar-pelajar dikehendaki menyertai program tarbiah sebagai bekalan rohani dan juga persediaan diri untuk terjun ke dalam masyarakat kelak.

Di antara proram-program tersebut ialah:
i. Sembahyang berjemaah ii. Kuliah dan tazkirah iii. Qiamullail iv. Puasa sunat (Isnin dan Khamis) v. Rehlah / Mukhayyam / Lawatan sambil belajar vi. Imam Terawihvii. Usrah
viii. Pertandingan Syarahan, Ceramah, Perdebatan dan Tahfiz Al-Quran

( bersambung. InsyaAllah )