Thursday, September 16, 2010

BORANG SUMBANGAN

MUKA DEPAN
MUKA BELAKANG
"Semoga sumbangan semakin bertambah dan projek berjalan dengan lancar Ameeen (:"

Monday, September 13, 2010

MOHON SUMBANGAN BAGI KERJA-KERJA PEMBINAAN

MOHON SUMBANGAN BAGI KERJA-KERJA PEMBINAAN
مدرسة تحفيظ القرآن الإسماعيلية
MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ISMAILIAH (MATAIS)
Bertempat Di tanah Wakaf , Lot 809, Mukim Lalang,
Jajahan Pasir Mas.
(GM 35)

“Sesiapa yang membaca Al-Quran dan menghafalnya dengan sempurna, lalu menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan diberi keizinan untuk memberikan syafaat kepada sepuluh orang ahli keluarganya yang telah pasti masuk neraka.” (Hadith)

Para Dermawan Yang Ingin Menyumbang Boleh Menghubungi :-

USTAZ HAMZAH BIN ISHAK
H/P:012-9648549
Mudir
Madrasah Tahfiz Al- Quran Al- Ismailiah
Kampong Dangar.

******

Sebarang bentuk sumbangan dan bantuan boleh dibuat atas nama
MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ISMAILIAH (MATAIS)
No. Akaun: 03027020189897 (BIMB Pasir Mas)

*******
Gambaran Ilustrasi Bangunan & Rumah Guru MATAIS



A. Papan Tanda Pembinaan MATAIS di Mukim Lalang, Pasir Mas.
B. Solat Hajat (Masuk Tapak) oleh Para Pelajar Tahfiz
C.Majlis Pecah Tanah oleh Mudir MATAIS : Ustaz Hamzah
D.Kerja-kerja Penyediaan Tapak Bina

E.Penetapan Bangunan Mengikut Arah Kiblat

F.Perbincangan Progress & Teknikal di Tapak Bina

G.Kerja-kerja Konkrit Struktur Tetulang (Tapak)

H.Kerja-kerja Konkrit Tapak di Tapak Bina

I.Kerja-kerja FormworkTiang Utama

Menambah Cawangan MATAIS

Assalamualaikum w.b.t kepada semua. Moga kita semua dirahmati Allah S.W.T sentiasa :)

Alhamdulillah, sekarang, Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah sedang giat dalam projek membina sebuah lagi cawangan nya. Lokasi asal MATAIS adalah di atas sebidang tanah GM 248, Lot 2567, Mukim Kubang Terap, Daerah Pasir Mas, Kelantan berkeluasan ¼ ekar beralamat Pondok Kampung Dangar, 17000 Pasir Mas, Kelantan. Pembinaan bangunan baru MATAIS ini dibangunkan di sebidang tanah GM 35, Lot 809, Mukim Lalang, Daerah Pasir Mas, Kelantan berkeluasan 1.6734 Hektar(4 Ekar 135 Depa). bersamaan

PELAN TAPAK DAN BANGUNAN BARU MATAIS

Rujuk lampiran

A. Pelan Tanah

B. Lakaran Ilustrasi Bangunan baru MATAIS

C. Pelan Tampak Hadapan

D. Pelan Cadangan Masjid MATAIS

E. Pelan Lantai Bawah

F. Pelan Lantai Atas

G. Pelan Bumbung


ANGGARAN KOS PEMBINAAN

A. Anggaran Kos Upah Bagi kerja-kerja Aras Bawah 
      -  RM 138,180.00
B. Anggaran Kos Upah Bagi kerja-kerja aras Atas   
      -  RM 148,180.00
    Anggaran Kos Upah Keseluruhan                   
      -  RM 286,360.00

C. Anggaran Kos Bahan Mentah                          
     -   RM 859,080.00

Anggaran Kos Upah dan Bahan Mentah adalah sebanyak   RM 1,145,440.00

D. Anggaran Kos Bagi Kerja-Kerja Plumbing           -  RM 57,272.00
E. Anggaran Kos bagi Kerja-kerja Sewage              -  RM 47,727.00
F. Anggaran Kos Bagi Kerja-kerja Pemasangan Tile -  RM 46,446.00
G. Anggaran Kos Bagi Kerja-Kerja Elektrikal           -  RM 159,658.00
H. Anggaran Kos bagi Kerja-kerja Cat                    -  RM 57,373.00
I . Anggaran Kos Tambahan                                        -  RM 11,454.40

JUMLAH ANGGARAN KOS KESELURUHAN       = RM 1,525,370.00

ANGGARAN MASA PEMBINAAN

Anggaran masa pembinaan adalah bergantung pada jumlah kutipan dana sumbangan, ini mengambil maklum keseluruhan dana bagi kerja-kerja membangunakan bangunan baru MATAIS adalah mengambil kira jarak masa kutipan. Di anggarkan jarak masa bagi pembinaan bangunan baru MATAIS ini paling awal akan mengambil masa selama Tiga Puluh Enam (36) bulan. Manakala jarak masa kerja paling lewat hendaklah tidak melebihi tempoh Tujuh Puluh Dua (72) bulan.

KENAPA MENYUMBANG PUSAT TAHFIZ MATAIS ?

1. Kami mendapat pengecualian cukai Pendapatan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri.
2. Tujuan pungutan adalah untuk membina bangunan MATAIS.
3. Kami juga menerima dua bentuk Zakat :
   a. Zakat Pendapatan - bulanan
   b. Zakat Perniagaan - tahunan
4. Anda diberi pilihan cara pembayaran iaitu :
    a. Mengirimkan ke pejabat kami
    b. Memberi PD cek
    c. Mengirimkan Wang POS
    d. Bank - in ke akaun kami
(Sila maklumkan melalui SMS @ Faks)
Ust Hamzah : 012-9648549

SUMBANGAN DAN BANTUAN

Memandangkan MATAIS adalah sebuah Institusi Pengajian Islam yang dikendalikan secara professional dan bukan bertujuan keuntungan (‘Non Profit’), maka seluruh anggota masyarakat Islam dan individu tertentu diseru untuk menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun barangan bagi menjayakan MATAIS ini. Sebarang bentuk sumbangan dan bantuan bolehlah dibuat atas nama

MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ISMAILIAH
No. Akaun: 03027020189897 (BIMB PASIR MAS)

*SUMBANGAN ANDA AKAN MENDAPAT PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN
LHDN.01/35/42/51/179-6.5499

Sunday, September 12, 2010

Jawatankuasa Lembaga Pengelola MATAIS

PENASIHAT
Akmal Nizam b. Mat Jusoh @ Abdullah
Alamat : 1202, Jln. Pasir Puteh, Kubang Kerian, 16250 Kota Bharu, Kelantan.
Telefon : 019-9191013
Pekerjaan : Guru Maahad Muhammadi (P)

PENGERUSI
Hamzah b. Ishak
Alamat : W2/84 Kg. Dangar, 17000 Pasir Mas, Kelantan.
Telefon : 012-9648549
Pekerjaan : Mudir Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah

SETIAUSAHA
Nazmi b. Mohammad
Alamat : W2/75 Kg, Dangar 17000 Pasir Mas, Kelantan.
Telefon : 019-9849815
Pekerjaan : Penolong Pegawai Penilaian

BENDAHARI
Hajjah Husnah bt. Ismail
Alamat : W2/75 Kg. Dangar, 17000 Pasir Mas, Kelantan.
Telefon : 09-7905463
Pekerjaan : Guru Al-Quran

AHLI JAWATAN KUASA

Ibrahim b. Awang
Alamat : W2/116 Kampung dangar, 17000 Pasir Mas, Kelantan.
Telefon : 09-7903175
Pekerjaan : Guru Swasta, Pengarah Kewangan dan Pelaburan Kumpulan ZA’BA Pasir Mas sdn.bhd.

Akmal Nizam n. Mat Jusoh @ Abdullah
Alamat : 1202, Jln Pasir Puteh, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Telefon : 09-7652086
Pekerjaan : Guru MATAIS

Khalid b. Osman
Alamat : No. 8, Lorong Hj. Ya’acob, kampung Banggol Kulim, 17200 rantau Panjang, Kelantan.
Telefon : 09-7952587
Pekerjaan : Guru MATAIS

Mohd Fadzli b. Husain
Alamat: 57-2-11, Apartment Pantai Indah, Jalan Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur.
Telefon: 03 2821121
Pekerjaan: Pegawai Bank Muamalat Malaysia Berhad

Yunus b. Abd. Kadir
Alamat : No. 97 Jalan Hulu Masjid, 18000 kuala Krai, Kelantan.
Telefon : 09-9666110
Pekerjaan : Guru Tahfiz MATAIS

Mohd. Fuad B. Abd. Rahman
Alamat : To’ Uban, Pasir Mas,Kelantan
Tel : 0199767286
Pekerjaan : Guru

Zuhar @ Azman b. Ibrahim
Alamat: No. 1038A, Berek 12,Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu Kelantan.
Telefon: 013-9162606
Pekerjaan : Guru Kanan Kurikulum dan Ko-Kurikulum

Mohammad Zain b. Dollah
Alamat: Banggol Setul, Pasir Mas, Kelantan.
Tel: 019-9905409
Pekerjaan: Guru Matematik

Mohd Subki b. Mat Zain
Alamat : Kampung Baroh Pial, 17200 Pasir Mas, Kelantan
Tel : 019-9366274
Pekerjaan : Guru Tahfiz

Suimie b. Ali
Alamat : Bt.3 Repek, Pasir Mas, Kelantan
Tel : 012-9856320
Pekerjaan : Kontraktor

Wednesday, September 1, 2010

lagi pengenalan MATAIS

TEMPOH DAN SISTEM PENGAJIAN
(klik untuk membesarkan gambar)
  • Setiap pelajar akan melalui proses pengajian selama 6 hingga 7 tahun    
  • Tahun 1 –3 : Tahfiz al-Quran Sukatan KBSM Ting. 1 & 2
  • Kurikulum SMU(A) YIK 
(Setiap pelajar diwajibkan memasuki kelas peralihan pada tahun 1 walaubagaimanapun pemohon yang berusia 13 tahun akan dipertimbangkan untuk terus ke tahun 2 sekiranya memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR atau menamatkan pengajian di Sek. Ren. Islam).
- Tahun 3 : PMR
- Tahun 4 : SMU
- Tahun 5 : SPM
- Tahun 6 : STAM
  • - Selain menduduki peperiksaan-peperiksaan PMR, SMU, SPM dan STU , pelajar juga akan dinilai keupayaannya dalam menguasai al-Quran dan akademik. Peperiksaan pertengahan dan akhir tahun akan dijalankan untuk mendedahkan pelajar kepada strategi menjawab soalan peperiksaan dan membolehkan guru menilai tahap penerimaan pelajar serta kesungguhan mereka dalam pembelajaran.
  • - Sijil Tahfiz al-Quran MATAIS akan dikeluarkan apabila pelajar menamatkan hafalan Al-Quran 30 juzuk dengan ulangan 10 juzuk/5 juzuk sehari.
PENGGAL, WAKTU PERSEKOLAHAN DAN CUTI
  • - Pengajian Tahfiz al-Quran menitikberatkan ‘ulangan’ bagi ayat yang telah dihafaz bagi menjamin kelancaran. Oleh itu, setiap penggal di MATAIS memakan masa selama tiga bulan dengan seminggu cuti. Pelajar turut diberi cuti pada setiap sepuluh akhir Ramadhan dan Hari Raya.
  • - Hari Persekolahan berjalan selama 6 hari seminggu, bermula pada hari Sabtu hingga Khamis. Pada hari Jumaat, pelajar akan didedahkan dengan pengajian ‘Kitab Tua’ disamping bergotong-royong membersihkan persekitaran sekolah.
  • - Waktu persekolahan di MATAIS bermula seawal 5.30 pagi dan terbahagi kepada tiga sesi iaitu pagi, petang dan malam.
AKTIVITI SEMASA CUTI DAN BULAN RAMADHAN
- Pelajar akan diberikan borang Muraja’ah Al-Quran semasa bercuti untuk diisi dan ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga.
- Pada bulan Ramadhan, pelajar yang telah menghafaz sekurang-kurangnya empat juzuk dan memenuhi kriteria-kriteria seperti kesesuaian umur, bacaan bertajwid dan sebagainya, akan dilatih menjadi iman terawih di masjid atau surau yang membuat permohonan kepada MATAIS.

 

PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

Dengan sistem pengajian MATAIS, pelajar-pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negeri sepertimana pelajar yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan dan Yayasan Islam Kelantan.

 

KEMUDAHAN

Pihak MATAIS telah dan akan menyediakan beberapa kemudahan asas untuk menjadikan persekitaran dan suasana di MATAIS akomodatif dan sesuai untuk pembelajaran. Kemudahan-kemudahan ini akan dipertingkat dan ditambah dari masa ke semasa bergantung kepada kewangan dan keperluan. Di antara- kemudahan-kemudahan tersebut ialah:

i. Pejabat Pentadbiran

ii. Bilik Pengajian

iii. Asrama

Bangunan asrama MATAIS terdiri daripada asrama pelajar yang mempunyai kapasiti 100 orang, penginapan guru/warden, dewan makan dan ruang riadah

ii. Musalla

iii. Maktabah/Perpustakaan

Perpustakaan ditempatkan di musalla bagi menyambung tradisi perpustakaan masjid (mosque library) yang banyak wujud terutamanya pada zaman kerajaan ‘Abbasiah.

iv. Peralatan Riadah

Pingpong, badminton, Sahibba, catur dan lain-lain.

 

SYARAT KEMASUKAN

Untuk menjadi pelajar MATAIS , seseorang perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:
i. Lelaki
ii. Berumur 10 – 13 tahun
iii. Boleh membaca Al-Quran dengan baik
iv. Boleh membaca dan menulis jawi
v. Berminat menghafal Al-Quran 30 juzuk

 

YURAN 

(klik untuk besarkan gambar)

 

PAKAIAN SERAGAM

Pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam MATAIS semasa waktu rasmi madrasah iaitu:
i. Jubah, kopiah dan serban putih
ii. Kasut dan stokin putih
iii. Kad Pelajar
Pada waktu-waktu lain, pelajar dibenarkan memakai mana-mana pakaian yang sopan, menutup aurat dan mengikut kesesuaian sebagai contohnya jubah atau baju melayu untuk sembahyang lima waktu atau menghadiri kelas tahfiz Al-Quran.  
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
Kerjasama yang baik di antara ibu bapa dan pihak sekolah amat penting untuk menjamin kelancaran pendidikan dan pentarbiyahan para pelajar. Lantaran itu, ibu bapa digalakkan memberi sokongan moral dan material bagi memajukan MATAIS dan menyelesaikan sebarang masalah secara kolektif.  
ANGGARAN BELANJAWAN
Sebahagian besar daripada kos perbelanjaan bagi pembinaan asrama dan penyelenggaran MATAIS bergantung kepada hasil sumbangan orang ramai dan individu tertentu disebabkan hasil pendapatan daripada yuran yang dikenakan kepada pelajar hanya mencukupi untuk menampung makan minum dan keperluan mereka sahaja. Justeru, banyak lagi keperluan barangan dan kewangan diperlukan bagi menampung kekurangan ini terutamanya bagi menjelaskan bayaran tertunggak kepada kontraktor.    
SUMBANGAN DAN BANTUAN
Memandangkan MATAIS adalah sebuah Institusi Pengajian Islam yang dikendalikan secara professional dan bukan bertujuan keuntungan (‘Non Profit’), maka seluruh anggota masyarakat Islam dan individu tertentu diseru untuk menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun barangan bagi menjayakan MATAIS ini. Sebarang bentuk sumbangan dan bantuan bolehlah dibuat atas nama MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ISMAILIAH No. Akaun: 03027010017284 (BIMB PASIR MAS).