Saturday, September 29, 2012

Menara Masjid Matais




Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, pada 25 September 2012, iaitu pada hari Selasa lepas, menara untuk Masjid MATAIS telah pun diletakkan sebagai mercu tanda MATAIS.

Monday, September 17, 2012

Perkembangan Terbaru Warga MATAIS - Sept 2012

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bermula 15 September 2012, kami warga MATAIS telah berpindah ke lokasi yang baru iaitu Kompleks MATAIS yang beralamat di tanah Wakaf , Lot 809, Mukim Lalang, Jajahan Pasir Mas. (GM 35), Kelantan.

Berikut adalah gambar suasana baru para pelajar serta guru di kompleks tersebut :
Bahagian hadapan Kompleks MATAIS


Suasana para pelajar sedang membaca/menghafaz Al-Quran di masjid

Walau bagaimanapun, kami masih memerlukan sumbangan daripada saudara semua untuk meneruskan pembinaan bagi fasa kedua iaitu pembinaan asrama pelajar dan rumah para guru.  Diharap kepada mana-mana yang berminat untuk menghulurkan sumbangan, bolehlah hulurkan sumbangan anda ke nombor akaun ini 0302702020189897 (BIMB PASIR MAS) atau 0355041000016137 (BSN) Semoga Allah murahkan rezeki saudara semua. Ameen.

Sehubungan dengan itu, di sini kami ingin memaklumkan bahawa pengambilan pelajar baru sudah mula dibuka. Pengajian untuk pelajar baru akan bermula pada 01 Disember 2012 nanti. Segala informasi dan maklumat, serta syarat-syarat kemasukan telah kami maklumkan di post yang sebelum ini. Atau pun saudara boleh klik di SINI untuk maklumat lanjut.
Semoga pelajar MATAIS bertambah ramai dari semasa ke semasa, demi melahirkan Muslim yang berilmu dan mencintai Al-Quran. InsyaAllah, Amin. 

Wassalam.