Tuesday, December 25, 2012

Tuesday, November 27, 2012

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2013 bermula 15 DISEMBER 2012

Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bagi pelajar tahun enam 2012, telah mendapat keputusan UPSR mereka baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dan bagi yang kurang bernasib baik, bersabarlah. Sesungguhnya setiap kejadian di dalam hidup kita ini ada hikmahnya yang tersendiri. InsyaAllah.

Sehubungan dengan itu, MATAIS akan mengambil pelajar baru bagi sessi 2013, memandangkan tahun 2012 bakal berakhir tidak lama lagi. Borang kemasukan telah pun dikeluarkan dan bagi mana-mana yang berminat, boleh datang terus ke MATAIS atau menghubungi Mudir kami, Ustaz Hamzah di talian 012-9648549 atau 013-9673469 atau Ustaz Khalid di talian 019-9371464. Atau pejabat MATAIS : 09-7966440


Tempoh Pengajian di MATAIS
Setiap pelajar akan melalui proses pengajian selama 5 hingga 6 tahun untuk pengajian tahfiz, akademik & agama :
* Tingkatan 1 - Tingkatan 6
   (Tahfiz Al-Quran, SMU, SPM dan STAM) dan 3 tahun untuk pengajian tahfiz sepenuh masa

Kurikulum di MATAIS
MATAIS menggabungkan tiga kurikulum sekaligus dalam sistem pendidikannya iaitu :
*Kurikulum Pengajian Tahfiz Al-Quran
  - Hafalan Al-Quran, Tajwid, Adab Al-Quran & Ulum Al-Quran
*Kurikulum Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan
  - Tafsir, Hadis, Ulum Al-Hadis, Tauhid, Feqh & Usul Feqh, Sirah Nabawiyyah, Nahu & Sarf, Balaghah
*Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
  - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Sejarah

Peluang Melanjutkan Pengajian
Dengan sistem pengajian MATAIS, pelajar-pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negeri sepertimana pelajar yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan dan Yayasan Islam Kelantan manakala pelajar yang mengikuti pengajian tahfiz sepenuh masa berpeluang melanjutkan pengajian ke Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan.















Yuran


Syarat Kemasukan
*Lelaki
*Berumur 10-13 tahun
*Boleh membaca Al-Quran dengan baik
*Boleh membaca dan menulis jawi
*Berminat menghafaz Al-Quran 30juzuk
*Berminat mendalami ilmu agama
*Berminat mempelajari Bahasa Arab
*Berminat menamatkan pengajian di MATAIS
*Tarikh DAFTAR & KEMASUKAN PELAJAR BARU TAHUN 2013 bermula 15 DISEMBER 2012


Semoga pelajar MATAIS bertambah ramai dari semasa ke semasa, demi melahirkan Muslim yang berilmu dan mencintai Al-Quran. InsyaAllah, Amin.

Monday, October 1, 2012

KEM TAHFIZ AL-QURAN & FARDHU AIN (MUSIM CUTI SEKOLAH) SESI 2012

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

INSYAALLAH, PROGRAM TAHUNAN YANG DIANJURKAN MATAIS AKAN DITERUSKAN PADA TAHUN INI, 2012.  KEM TAHFIZ AL-QURAN & FARDHU AIN (MUSIM CUTI SEKOLAH) BAGI TAHUN 2012. BUTIRAN LANJUT ADALAH SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 17 NOVEMBER 2012 HINGGA 13 DISEMBER 2012
MASA PENDAFTARAN: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : KOMPLEKS MATAIS, LOT809, MUKIM LALANG, JAJAHAN PASIR MAS(GM35), 17000 PASIR MAS, KELANTAN.

PENDAFTARAN DIBUKA MULAI SEKARANG !!
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 16 NOVEMBER 2012
YURAN PENGAJIAN : RM 400.00 
* BAYARAN PENDAHULUAN SEBANYAK RM 50.00


OBJEKTIF :
1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN & PENGUASAAN AL-QURAN DAN TAJWID
 (KAEDAH TAHFIZ AL-QURAN).
2. MENINGKATKAN KEFAHAMAN CARA PERLAKSANAAN ASAS FARDHU AIN.
3. MELATIH PESERTA SOLAT LIMA WAKTU SECARA BERJEMAAH.
4. MEMUPUK SIFAT MAHMUDAH DALAM DIRI PESERTA.
5. MENGISI MASA LAPANG/TERLUANG/CUTI SEKOLAH DENGAN AKTIVITI YANG AMAT BERFAEDAH DAN BERILMU

SASARAN :
1. PELAJAR LELAKI BERUMUR 10-12 TAHUN.
2. DIGALAKKAN KEPADA PELAJAR YANG SEDANG MENUNGGU KEPUTUSAN UPSR.
3. TERHAD KPD 200 PESERTA SAHAJA.

AGENDA HARI PENDAFTARAN :
TARIKH : 17/12/2012 (SABTU)
MASA : 9.00 PG - 10.30 PG     (PENDAFTARAN PESERTA)
                                  10.30 PG - 11.30 PG   (TAKLIMAT KPD IBUBAPA & PESERTA
                       JAMUAN)

PEMBAHAGIAN KELAS  :


JADUAL SEHARIAN KEM :


KEMUDAHAN YG DISEDIA :
1. MUSOLLA / MASJID
2. BILIK PENGAJIAN
3. BILIK PENGINAPAN
4. PADANG PERMAINAN
5. KANTIN & DAPUR
6. BILIK AIR & TANDAS

PERALATAN YG PERLU DIBAWA :
1. AL-QURAN MUSHAF UTHMANI / BUKU IQRA' @ QIRAATI
2. 2 PASANG JUBAH (DIGALAKKAN WARNA PUTIH)
3. SERBAN & KOPIAH
4. SEPASANG BAJU MELAYU
5. PENYANGKUT BAJU
6. SELUAR TRACK
7. BAJU & KASUT SUKAN
8. 2 HELAI SARUNG BANTAL
9. KAIN SELIMUT
10. TOTO / NARITA @ ALAS TIDUR
11. ALAT-ALAT KEBERSIHAN DIRI SPRTI BERUS GIGI, SABUN, SYAMPU DLL
12. BUKU & ALATULIS
13. WANG SAKU DISIMPAN OLEH PIHAK PENGURUSAN

*PIHAK PENGAJUR JUGA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PESANAN BARANGAN KPD PESERTA YANG BELUM ADA / CUKUP PERALATAN SEPERTI:
JUBAH PUTIH, KOPIAH DAN SERBAN

PLAN LOKASI :
*KLIK GAMBAR UTK LEBIH BESAR*

BORANG PENDAFTARAN 
(GAMBAR DI BAWAH) 
atau  MENDAPATKANNYA DI MATAIS SENDIRI.

*SILA SERAHKAN BORANG INI SEWAKTU PENDAFTARAN

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, BOLEH HUBUNGI :
MUDIR MATAIS , UST HAMZAH DI TALIAN 012-9648549 ATAU 013-9673469.
UST ZUHAR : 013-9162606
UST HAMID : 017-9587177

KEM TAHFIZ MUSIM CUTI SESI 2011.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Saturday, September 29, 2012

Menara Masjid Matais




Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, pada 25 September 2012, iaitu pada hari Selasa lepas, menara untuk Masjid MATAIS telah pun diletakkan sebagai mercu tanda MATAIS.

Monday, September 17, 2012

Perkembangan Terbaru Warga MATAIS - Sept 2012

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bermula 15 September 2012, kami warga MATAIS telah berpindah ke lokasi yang baru iaitu Kompleks MATAIS yang beralamat di tanah Wakaf , Lot 809, Mukim Lalang, Jajahan Pasir Mas. (GM 35), Kelantan.

Berikut adalah gambar suasana baru para pelajar serta guru di kompleks tersebut :
Bahagian hadapan Kompleks MATAIS


Suasana para pelajar sedang membaca/menghafaz Al-Quran di masjid

Walau bagaimanapun, kami masih memerlukan sumbangan daripada saudara semua untuk meneruskan pembinaan bagi fasa kedua iaitu pembinaan asrama pelajar dan rumah para guru.  Diharap kepada mana-mana yang berminat untuk menghulurkan sumbangan, bolehlah hulurkan sumbangan anda ke nombor akaun ini 0302702020189897 (BIMB PASIR MAS) atau 0355041000016137 (BSN) Semoga Allah murahkan rezeki saudara semua. Ameen.

Sehubungan dengan itu, di sini kami ingin memaklumkan bahawa pengambilan pelajar baru sudah mula dibuka. Pengajian untuk pelajar baru akan bermula pada 01 Disember 2012 nanti. Segala informasi dan maklumat, serta syarat-syarat kemasukan telah kami maklumkan di post yang sebelum ini. Atau pun saudara boleh klik di SINI untuk maklumat lanjut.
Semoga pelajar MATAIS bertambah ramai dari semasa ke semasa, demi melahirkan Muslim yang berilmu dan mencintai Al-Quran. InsyaAllah, Amin. 

Wassalam.

Sunday, August 12, 2012

Gambar Terkini Tapak Projek - Ogos 2012


Kantin MATAIS - masih dalam pembinaan

Kantin MATAIS - masih dalam pembinaan

Rumah guru

Rumah guru

Masjid



Bahagian dalam Masjid

Bahagian dalam Masjid

Dalam pembinaan - rumah guru


Dalam pembinaan - rumah guru

Assalamualaikum w.b.t
Gambar-gambar di atas ini ialah gambar projek MATAIS iaitu cawangan MATAIS yang terbaru. Semuanya gambar yang terbaru iaitu Ogos ini. Alhamdulillah, pembinaan fasa pertama iaitu pembinaan Masjid sudah selesai. Sekarang, pihak MATAIS masih memerlukan sumbangan untuk meneruskan fasa kedua iaitu pembinaan Kantin MATAIS dan rumah para guru. Diharap kepada mana-mana yang berminat untuk menghulurkan sumbangan, bolehlah hulurkan sumbangan anda ke nombor akaun ini 0302702020189897 (BIMB PASIR MAS) atau 0355041000016137 (BSN) Semoga Allah murahkan rezeki saudara semua. Ameen. Terima kasih.

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua.
Wassalam.

Tuesday, April 3, 2012

terkini

captured on 12th March 2012

Assalamualaikum
 Alhamdulillah, projek MATAIS kini sudah 80% hampir siap. Tetapi wang masih diperlukan untuk membeli karpet. Anggaran sebanyak RM 30 000. Terima kasih kepada mana mana pihak yang telah menghulurkan sumbangan ke projek ini. Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh berbuat demikian dengan menghulurkan sumbangan anda ke nombor akaun ini : 0302702020189897 (BIMB PASIR MAS) Terima kasih.