Tuesday, November 12, 2013

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2014 BERMULA 22 DISEMBER 2013 HINGGA 2 JANUARI 2014

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bagi pelajar tahun enam 2013, mereka telah mendapat keputusan UPSR baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dan bagi yang kurang bernasib baik, bersabarlah. Sesungguhnya setiap kejadian di dalam hidup kita ini ada hikmahnya yang tersendiri. InsyaAllah.

Sehubungan dengan itu, MATAIS akan mula mengambil pelajar baru bagi sesi 2014, memandangkan tahun 2013 bakal berakhir tidak lama lagi. Borang kemasukan telah pun dikeluarkan dan bagi mana-mana yang berminat, boleh datang terus ke MATAIS atau hubungi Mudir kami, Ustaz Hamzah di talian 012-9648549 atau 013-9673469 atau Ustaz Khalid di talian 019-9371464 atau pejabat MATAIS, 09-7966440.

Tempoh Pengajian di MATAIS
Setiap pelajar akan melalui proses pengajian selama 5-6 tahun untuk pengajian tahfiz, akademik & agama:
*Ting 1 - Ting 6
 ( Tahfiz Al-Quran, SMU, SPM & STAM ) dan 3 tahun untuk pengajian tahfiz sepenuh masa

Kurikulum di MATAIS
MATAIS menggabungkan tiga kurikulum sekaligus dalam sistem pendidikannya iaitu:
*Kurikulum Pengajian Tahfiz Al-Quran
  -Hafalan Al-Quran, Tajwid, Adab Al-Quran & Ulum Al-Quran
*Kurikulum Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan
  -Tafsir, Hadis, Ulum Al-Hadis, Tauhid, Feqh & Usul Feqh, Sirah Nabawiyyah, Nahu & Sarf, Balaghah
*Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
  -Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Sejarah

Peluang Melanjutkan Pengajian
Dengan sistem pengajian MATAIS, pelajar-pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negeri sepertimana pelajar yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan dan Yayasan Islam Kelantan manakala pelajar yang mengikuti pengajian tahfiz sepenuh masa berpeluang melanjutkan pengajian ke Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan.



Yuran

Syarat Kemasukan
*Lelaki
*Berumur 10-13 tahun
*Boleh membaca Al-Quran dgn baik
*Boleh membaca dan menulis jawi
*Berminat menghafaz Al-Quran 30 juzuk
*Berminat mendalami ilmu agama
*Berminat mempelajari Bahasa Arab
*Berminat menamatkan pengajian di MATAIS

Tarikh DAFTAR & KEMASUKAN PELAJAR BARU TAHUN 2014 bermula 15 DISEMBER 2013


PETA LOKASI MATAIS

Semoga pelajar MATAIS bertambah ramai dari semasa ke semasa, demi melahirkan Muslim yang berilmu & mencintai Al-Quran. InsyaAllah, Amin.



Tuesday, October 22, 2013

KEM TAHFIZ AL-QURAN & FARDHU AIN (MUSIM CUTI SEKOLAH) SESI 2013



ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

INSYAALLAH, PROGRAM TAHUNAN anjuran MATAIS akan diteruskan bagi tahun ini, iaitu KEM TAHFIZ AL-QURAN & FARDHU AIN (MUSIM CUTI SEKOLAH) BAGI TAHUN 2013. BUTIRAN LANJUT ADALAH SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 23 NOVEMBER 2013 HINGGA 19 DISEMBER 2013
MASA PENDAFTARAN: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : KOMPLEKS MATAIS, LOT809, MUKIM LALANG, JAJAHAN PASIR MAS(GM35), 17000 PASIR MAS, KELANTAN.

OBJEKTIF :
1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN & PENGUASAAN AL-QURAN DAN TAJWID
 (KAEDAH TAHFIZ AL-QURAN).
2. MENINGKATKAN KEFAHAMAN CARA PERLAKSANAAN ASAS FARDHU AIN.
3. MELATIH PESERTA SOLAT LIMA WAKTU SECARA BERJEMAAH.
4. MEMUPUK SIFAT MAHMUDAH DALAM DIRI PESERTA.
5. MENGISI MASA LAPANG/TERLUANG/CUTI SEKOLAH DENGAN AKTIVITI YANG AMAT BERFAEDAH DAN BERILMU

SASARAN :
1. PELAJAR LELAKI BERUMUR 10-12 TAHUN.
2. DIGALAKKAN KEPADA PELAJAR YANG SEDANG MENUNGGU KEPUTUSAN UPSR.
3. TERHAD KPD 100 PESERTA SAHAJA.


 AGENDA HARI PENDAFTARAN :
TARIKH : 23/12/2013 (SABTU)
                                                       MASA : 9.00 PG - 10.30 PG     (PENDAFTARAN PESERTA)
                                                                     10.30 PG - 11.30 PG   (TAKLIMAT IBUBAPA &    
                                                                                                PESERTA JAMUAN)

KEMUDAHAN YG DISEDIA :
1. MASJID
2. BILIK PENGAJIAN
3. BILIK PENGINAPAN
4. PADANG PERMAINAN
5. KANTIN & DAPUR
6. BILIK AIR & TANDAS
7. KOPERASI 

KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA :
1. AL-QURAN MUSHAF UTHMANI / BUKU IQRA' @ QIRAATI
2. 2 PASANG JUBAH (DIGALAKKAN WARNA PUTIH)
3. SERBAN & KOPIAH
4. SEPASANG BAJU MELAYU
5. PENYANGKUT BAJU
6. SELUAR TRACK
7. BAJU & KASUT SUKAN
8. 2 HELAI SARUNG BANTAL
9. KAIN SELIMUT
10. TOTO / NARITA @ ALAS TIDUR SERTA BANTAL
11. ALAT-ALAT KEBERSIHAN DIRI SEPERTI BERUS GIGI, SABUN, SYAMPU DLL
12. BUKU & ALATULIS
13. WANG SAKU DISIMPAN OLEH PIHAK PENGURUSAN

*PIHAK PENGAJUR JUGA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PESANAN BARANGAN KEPADA PESERTA YANG BELUM ADA / CUKUP PERALATAN SEPERTI:
JUBAH PUTIH, KOPIAH DAN SERBAN

  
PENDAFTARAN DIBUKA MULAI SEKARANG !!

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 20 NOVEMBER 2013
UNTUK MENDAPATKAN BORANG, ANDA BOLEH PRINT BORANG DARI LAMAN WEB INI SENDIRI (GAMBAR DI ATAS) ATAU MENDAPATKANNYA DI MATAIS SENDIRI.
YURAN PENGAJIAN : RM 400.00 
* BAYARAN PENDAHULUAN SEBANYAK RM 50

BORANG PENDAFTARAN 
(GAMBAR DI BAWAH) 
atau  MENDAPATKANNYA DI MATAIS SENDIRI.

 *SILA SERAHKAN BORANG INI SEWAKTU PENDAFTARAN


JADUAL HARIAN PESERTA :

 PLAN LOKASI
*KLIK GAMBAR UTK LEBIH BESAR*


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, BOLEH HUBUNGI :
MUDIR MATAIS , UST HAMZAH DI TALIAN 012-9648549
UST ZUHAR : 013-9162606
UST HAMID : 017-9587177
 PEJABAT   : 09-7966440

INSYAALLAH KAMI MENJANJIKAN YANG TERBAIK.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Thursday, October 3, 2013

SOLAT HAJAT PADA 03/10/2013

Assalamualaikum w.b.t.
 Alhamdulillah, pada pagi ini iaitu pada 03/10/2013, pihak MATAIS telah mengadakan solat hajat untuk pembinaan asas tapak asrama. Untuk makluman saudara/ri, sejak kami berpindah dari Madrasah yang lama di Kg. Dangar dan menetap di Kompleks MATAIS ini, para pelajar menjadikan kelas sebagai asrama/tempat tidur untuk mereka. Tempat untuk belajar pula di Masjid MATAIS iaitu di aras atas. Solat hajat ini telah diimamkan oleh Mudir MATAIS, iaitu Ustaz Hamzah b. Ishak.


Untuk gambar yg lebih jelas, anda boleh ke Facebook kami, Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah atau KLIK SINI.

Sehubungan dengan itu, di sini kami ingin memohon sumbangan daripada saudara/ri supaya projek ini berjalan dengan lebih lancar lagi, insyaAllah. 

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
Bank Islam: 03027-0201-89897
BSN: 0355041-0000-16137

Sebarang pertanyaan mengenai MATAIS, saudara/ri boleh berhubung terus dgn Mudir kami, Ust Hamzah di talian 012-9648549 / 013-9673469 atau Pejabat kami di talian 09-7966440.

Segala jasa baik daripada pihak saudara/ri, kami dahulukan dgn ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah membalas jasa saudara/ri berlipat kali ganda. InsyaAllah, Ameeen.

“KE ARAH MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN”


Wassalam.

Saturday, September 28, 2013

Assalamualikum buat pengunjung blog MATAIS..
pada kali ini kami telah menyediakan video klip untuk tonton umum bagi  menceritakan
perkembangan yang berlaku di MATAIS..semoga video yang terhasil ini mendapat barakah daripada-Nya

Klik Disini Untuk Lihat Video

Wednesday, April 3, 2013

اﻠﺴﻼﻡ ﻋﻟﻴﻛﻢ



Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat blog  MATAIS sekalian. Secara umumnya pihak MATAIS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan/Puan yang terus menerus memberikan sokongan terhadap pihak MATAIS. Setakat hari ini bilangan penuntut di MATAIS adalah seramai 119 orang pelajar merangkumi pelajar tingkatan 1-5. Dengan kepercayaan dan sokongan daripada Tuan/Puan, pihak kami akan terus meningkatkan prestasi pelajar dari semasa ke semasa bagi mencapai objektif penubuhan MATAIS.

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan mengalu-alukan pihak Tuan/Puan sekalian untuk membantu pihak MATAIS bagi melaksanakan pembinaan jalan bertar sepanjang 700meter . Untuk pengetahuan semua, jalan sedia ada merupakan jalan batu kikir dan jalan ini berdebu ketika panas serta berlumpur ketika hujan. Jadi pihak Matais amat berharap mana – mana individu atau badan kerajaan atau badan bukan kerajaan yang sudi untuk membantu menghulurkan sumbangan melaksanakan pembinaan jalan ini dengan lebih sempurna bagi kemudahan semua pihak. . Jasa baik yang telah pihak Tuan/Puan berikan hanya Allah s.w.t mampu membalasnya.

Sebarang pertanyaan berkaitan MATAIS boleh berhubung terus dengan Mudir MATAIS
Tn HJ Hamzah Bin Ishak :013-9673469
Pejabat09-7966440
Sumbangan boleh di salurkan ke akaun berikut:-
Bank Islam: 03027-0201-89897
BSN: 0355041-0000-16137


“KE ARAH MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN”