Tuesday, November 27, 2012

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2013 bermula 15 DISEMBER 2012

Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bagi pelajar tahun enam 2012, telah mendapat keputusan UPSR mereka baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dan bagi yang kurang bernasib baik, bersabarlah. Sesungguhnya setiap kejadian di dalam hidup kita ini ada hikmahnya yang tersendiri. InsyaAllah.

Sehubungan dengan itu, MATAIS akan mengambil pelajar baru bagi sessi 2013, memandangkan tahun 2012 bakal berakhir tidak lama lagi. Borang kemasukan telah pun dikeluarkan dan bagi mana-mana yang berminat, boleh datang terus ke MATAIS atau menghubungi Mudir kami, Ustaz Hamzah di talian 012-9648549 atau 013-9673469 atau Ustaz Khalid di talian 019-9371464. Atau pejabat MATAIS : 09-7966440


Tempoh Pengajian di MATAIS
Setiap pelajar akan melalui proses pengajian selama 5 hingga 6 tahun untuk pengajian tahfiz, akademik & agama :
* Tingkatan 1 - Tingkatan 6
   (Tahfiz Al-Quran, SMU, SPM dan STAM) dan 3 tahun untuk pengajian tahfiz sepenuh masa

Kurikulum di MATAIS
MATAIS menggabungkan tiga kurikulum sekaligus dalam sistem pendidikannya iaitu :
*Kurikulum Pengajian Tahfiz Al-Quran
  - Hafalan Al-Quran, Tajwid, Adab Al-Quran & Ulum Al-Quran
*Kurikulum Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan
  - Tafsir, Hadis, Ulum Al-Hadis, Tauhid, Feqh & Usul Feqh, Sirah Nabawiyyah, Nahu & Sarf, Balaghah
*Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
  - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Sejarah

Peluang Melanjutkan Pengajian
Dengan sistem pengajian MATAIS, pelajar-pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negeri sepertimana pelajar yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan dan Yayasan Islam Kelantan manakala pelajar yang mengikuti pengajian tahfiz sepenuh masa berpeluang melanjutkan pengajian ke Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan.















Yuran


Syarat Kemasukan
*Lelaki
*Berumur 10-13 tahun
*Boleh membaca Al-Quran dengan baik
*Boleh membaca dan menulis jawi
*Berminat menghafaz Al-Quran 30juzuk
*Berminat mendalami ilmu agama
*Berminat mempelajari Bahasa Arab
*Berminat menamatkan pengajian di MATAIS
*Tarikh DAFTAR & KEMASUKAN PELAJAR BARU TAHUN 2013 bermula 15 DISEMBER 2012


Semoga pelajar MATAIS bertambah ramai dari semasa ke semasa, demi melahirkan Muslim yang berilmu dan mencintai Al-Quran. InsyaAllah, Amin.