Saturday, October 9, 2010

Kem Tahfiz Al-Quran & Fardhu Ain - Musim Cuti 2010

Assalamua'alaikum w.b.t diucapkan kepada semua. Semoga semuanya dirahmati Allah s.w.t selalu. InsyaAllah (:

Seperti tahun-tahun sebelum ini, MATAIS telah mengadakan Kem Tahfiz Al-Quran & Fardhu Ain bagi Musim Cuti. InsyaAllah, pada tahun ini, 2010, kem ini akan diteruskan seperti biasa. Semua butiran tentang kem ini disediakan di bawah ini :

PENGENALAN

-Setiap ibubapa pastinya inginkan yang terbaik untuk anaknya. Untuk mencapai hasrat tersebut, pengajian Al-Quran, Akhlak & Fardhu Ain perlu dititik beratkan dalam diri anak-anak sebelum meningkat dewasa. Membentuk anak hendaklah daripada kecil lagi " Anak itu ibarat kain putih. terpulanglah kepada ibubapa yang akan mencorakkan kain tersebut "

OBJEKTIF

1. Meningkatkan kemahiran & penguasaan Al-Quran dan Tajwid (kaedah Tahfiz Al-Quran)
2. Meningkatkan kefahaman cara perlaksanaan asas Fardhu Ain
3. Melatih peserta solat lima waktu secara berjemaah
4. Memupuk sifat mahmudah dalam diri peserta
5. Mendedahkan pengajian asas kitab-kitab pondok (Jawi & Arab)

SASARAN 

1. Pelajar lelaki berumur 11 & 12 tahun sahaja
2. Digalakkan kepada pelajar yang menunggu keputusan UPSR
3. Terhad kepada 100 orang lelaki sahaja

TEMPAT

SMU(A) ISMAILIAH, Binjai Manis, 17 020 Pasir Mas, Kelantan

PLAN LOKASI 



TARIKH 

24 November - 18 Disember 2010

PENDAFTARAN

Dibuka mulai SEKARANG!

Untuk menyerahkan borang penyertaan :
Mudir, Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah Kg. Dangar, 17 000 Pasir Mas, Kelantan
Tel Mudir : 012 - 9648549 / 013 - 9673469



JADUAL MAKAN PELAJAR


PERHATIAN 

AGENDA HARI PENDAFTARAN
24 November 2010 - Rabu

9.00 pagi - 10.30 pagi - Peserta daftar kehadiran
10.30 pagi - 11.30 pagi - Taklimat kepada ibubapa dan peserta
                                    - Jamuan

KEMUDAHAN YANG TERSEDIA

i. Musolla / Masjid
ii. Bilik Pengajian
iii. Bilik Penginapan
iv. Padang Permainan
v. Kantin & Dapur
vi. Bilik Air & Tandas

PERALATAN YANG PERLU DIBAWA

i. Al-Quran Mushaf Uthmani / Buku Iqra' @ Qiraati
ii. 2 Pasang Jubah (digalakkan warna putih)
iii. Serban & Kopiah
iv. Sepasang Baju Melayu
v. Penyangkut Baju
vi. Seluar Track
vii. Baju & Kasut Sukan
viii. 2 Helai Sarung Bantal
ix. Kain Selimut
x. Toto / Narita @ Alas Tidur
xi. Alat-alat Kebersihan Diri sprti Berus gigi, Sabun, Syampu dan lain lain
xii. Buku & Alat Tulis
xiii. Wang Saku Disimpan oleh Pihak Pengurusan

*Pihak penganjur menyediakan kemudahan pesanan barangan kepada peserta yang belum ada / cukup peralatan.

CONTOH BORANG PENYERTAAN




Anda bolehlah mendapatkan borang penyertaan di MATAIS

Di sini juga kami sediakan beberapa gambar semasa Kem yang telah dijalankan pada tahun-tahun sebelum ini.



























Marilah kita isi masa lapang kita dengan mendekatkan diri dengan Allah yang Maha Esa. Kepada yang berminat, boleh la menghubungi Mudir MATAIS di talian : 012 - 9648549 atau 013 - 9673469. Wassalam.

No comments: