Wednesday, December 22, 2010

Kem Tahfiz Musim Cuti 2010

Assalamu'alaikum kepada semua pengunjung blog MATAIS ini. Alhamdulillah, pada hari Sabtu lepas iaitu pada 18 Disember 2010, berakhirlah sudah Kem Tahfiz Musim Cuti bagi tahun 2010. Pada hari itu juga berlangsungnya Majlis Penutup dan Pemberian Sijil kepada para peserta.

Seramai 90 orang peserta telah menyertai kem ini. Kem ini telah berjalan selama 25 hari. dan Alhamdulillah, semua nya telah berjalan dengan lancar. Syukur kepada Allah s.w.t

Sepanjang kem ini berlangsung, telah banyak aktiviti di lakukan. Contoh nya sukan seperti bola sepak. Menimba ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menyeronokkan iaitu dalam bentuk membuat kuiz.

Untuk memudah kan sesi pembelajaran dan penghafalan Al-Quran, kami telah membahagikan semua peserta kepada 5 kelas. Pelajar dibahagikan mengikut tahap masing-masing.

 Kelas Saidina Abu Bakar yang dijaga oleh Ustaz Mun'im
 Kelas Saidina Umar yang dijaga oleh Ustaz Qahhar
 Kelas Mu'awiyah yang dijaga oleh Ustaz 'Ubaidillah
 Kelas Saidina Usman yang dijaga oleh Ustaz Fakhruddin
Kelas Saidina Ali yang dijaga oleh Ustaz Mat

Di sini kami masukkan beberapa gambar aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kem tersebut. Untuk melihat lebih banyak gambar, boleh la melawat Facebook kami di SINI.
 Fasilitator berbual  bersama salah seorang peserta di kantin

 Aktiviti-aktiviti apabila masa lapang

 Membaca doa sebelum makan



 Para fasilitator bersama mudir dan beberapa ustaz sedang berbincang
 Para peserta tekun membaca & menghafal Al-Quran


 Suasana ketika di dalam kelas

Menunggu giliran untuk di tasmi' oleh ustaz

Majlis Penutup dan Pemberian Sijil serta Hadiah kepada para peserta

Persembahan nasyid daripada para peserta

Mudir MATAIS :Ustaz Hamzah

Bertemu dan berpisah kerana Allah

Kakitangan dan Fasilitator Kem Tahfiz Musim Cuti 2010
Para peserta bersama bersama kakitangan dan fasilitator


Sekali lagi, bersyukur kepada Allah kerana kem ini berjalan dengan baik dan lancar. Segala kekurangan dari pihak kami amatlah dikesali. InsyaAllah, pada tahun depan, kem ini akan diadakan lagi. Ameeen

No comments: