Wednesday, September 1, 2010

lagi pengenalan MATAIS

TEMPOH DAN SISTEM PENGAJIAN
(klik untuk membesarkan gambar)
  • Setiap pelajar akan melalui proses pengajian selama 6 hingga 7 tahun    
  • Tahun 1 –3 : Tahfiz al-Quran Sukatan KBSM Ting. 1 & 2
  • Kurikulum SMU(A) YIK 
(Setiap pelajar diwajibkan memasuki kelas peralihan pada tahun 1 walaubagaimanapun pemohon yang berusia 13 tahun akan dipertimbangkan untuk terus ke tahun 2 sekiranya memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR atau menamatkan pengajian di Sek. Ren. Islam).
- Tahun 3 : PMR
- Tahun 4 : SMU
- Tahun 5 : SPM
- Tahun 6 : STAM
  • - Selain menduduki peperiksaan-peperiksaan PMR, SMU, SPM dan STU , pelajar juga akan dinilai keupayaannya dalam menguasai al-Quran dan akademik. Peperiksaan pertengahan dan akhir tahun akan dijalankan untuk mendedahkan pelajar kepada strategi menjawab soalan peperiksaan dan membolehkan guru menilai tahap penerimaan pelajar serta kesungguhan mereka dalam pembelajaran.
  • - Sijil Tahfiz al-Quran MATAIS akan dikeluarkan apabila pelajar menamatkan hafalan Al-Quran 30 juzuk dengan ulangan 10 juzuk/5 juzuk sehari.
PENGGAL, WAKTU PERSEKOLAHAN DAN CUTI
  • - Pengajian Tahfiz al-Quran menitikberatkan ‘ulangan’ bagi ayat yang telah dihafaz bagi menjamin kelancaran. Oleh itu, setiap penggal di MATAIS memakan masa selama tiga bulan dengan seminggu cuti. Pelajar turut diberi cuti pada setiap sepuluh akhir Ramadhan dan Hari Raya.
  • - Hari Persekolahan berjalan selama 6 hari seminggu, bermula pada hari Sabtu hingga Khamis. Pada hari Jumaat, pelajar akan didedahkan dengan pengajian ‘Kitab Tua’ disamping bergotong-royong membersihkan persekitaran sekolah.
  • - Waktu persekolahan di MATAIS bermula seawal 5.30 pagi dan terbahagi kepada tiga sesi iaitu pagi, petang dan malam.
AKTIVITI SEMASA CUTI DAN BULAN RAMADHAN
- Pelajar akan diberikan borang Muraja’ah Al-Quran semasa bercuti untuk diisi dan ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga.
- Pada bulan Ramadhan, pelajar yang telah menghafaz sekurang-kurangnya empat juzuk dan memenuhi kriteria-kriteria seperti kesesuaian umur, bacaan bertajwid dan sebagainya, akan dilatih menjadi iman terawih di masjid atau surau yang membuat permohonan kepada MATAIS.

 

PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

Dengan sistem pengajian MATAIS, pelajar-pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negeri sepertimana pelajar yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan dan Yayasan Islam Kelantan.

 

KEMUDAHAN

Pihak MATAIS telah dan akan menyediakan beberapa kemudahan asas untuk menjadikan persekitaran dan suasana di MATAIS akomodatif dan sesuai untuk pembelajaran. Kemudahan-kemudahan ini akan dipertingkat dan ditambah dari masa ke semasa bergantung kepada kewangan dan keperluan. Di antara- kemudahan-kemudahan tersebut ialah:

i. Pejabat Pentadbiran

ii. Bilik Pengajian

iii. Asrama

Bangunan asrama MATAIS terdiri daripada asrama pelajar yang mempunyai kapasiti 100 orang, penginapan guru/warden, dewan makan dan ruang riadah

ii. Musalla

iii. Maktabah/Perpustakaan

Perpustakaan ditempatkan di musalla bagi menyambung tradisi perpustakaan masjid (mosque library) yang banyak wujud terutamanya pada zaman kerajaan ‘Abbasiah.

iv. Peralatan Riadah

Pingpong, badminton, Sahibba, catur dan lain-lain.

 

SYARAT KEMASUKAN

Untuk menjadi pelajar MATAIS , seseorang perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:
i. Lelaki
ii. Berumur 10 – 13 tahun
iii. Boleh membaca Al-Quran dengan baik
iv. Boleh membaca dan menulis jawi
v. Berminat menghafal Al-Quran 30 juzuk

 

YURAN 

(klik untuk besarkan gambar)

 

PAKAIAN SERAGAM

Pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam MATAIS semasa waktu rasmi madrasah iaitu:
i. Jubah, kopiah dan serban putih
ii. Kasut dan stokin putih
iii. Kad Pelajar
Pada waktu-waktu lain, pelajar dibenarkan memakai mana-mana pakaian yang sopan, menutup aurat dan mengikut kesesuaian sebagai contohnya jubah atau baju melayu untuk sembahyang lima waktu atau menghadiri kelas tahfiz Al-Quran.  
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
Kerjasama yang baik di antara ibu bapa dan pihak sekolah amat penting untuk menjamin kelancaran pendidikan dan pentarbiyahan para pelajar. Lantaran itu, ibu bapa digalakkan memberi sokongan moral dan material bagi memajukan MATAIS dan menyelesaikan sebarang masalah secara kolektif.  
ANGGARAN BELANJAWAN
Sebahagian besar daripada kos perbelanjaan bagi pembinaan asrama dan penyelenggaran MATAIS bergantung kepada hasil sumbangan orang ramai dan individu tertentu disebabkan hasil pendapatan daripada yuran yang dikenakan kepada pelajar hanya mencukupi untuk menampung makan minum dan keperluan mereka sahaja. Justeru, banyak lagi keperluan barangan dan kewangan diperlukan bagi menampung kekurangan ini terutamanya bagi menjelaskan bayaran tertunggak kepada kontraktor.    
SUMBANGAN DAN BANTUAN
Memandangkan MATAIS adalah sebuah Institusi Pengajian Islam yang dikendalikan secara professional dan bukan bertujuan keuntungan (‘Non Profit’), maka seluruh anggota masyarakat Islam dan individu tertentu diseru untuk menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun barangan bagi menjayakan MATAIS ini. Sebarang bentuk sumbangan dan bantuan bolehlah dibuat atas nama MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ISMAILIAH No. Akaun: 03027010017284 (BIMB PASIR MAS).

No comments: