Monday, September 13, 2010

Menambah Cawangan MATAIS

Assalamualaikum w.b.t kepada semua. Moga kita semua dirahmati Allah S.W.T sentiasa :)

Alhamdulillah, sekarang, Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah sedang giat dalam projek membina sebuah lagi cawangan nya. Lokasi asal MATAIS adalah di atas sebidang tanah GM 248, Lot 2567, Mukim Kubang Terap, Daerah Pasir Mas, Kelantan berkeluasan ¼ ekar beralamat Pondok Kampung Dangar, 17000 Pasir Mas, Kelantan. Pembinaan bangunan baru MATAIS ini dibangunkan di sebidang tanah GM 35, Lot 809, Mukim Lalang, Daerah Pasir Mas, Kelantan berkeluasan 1.6734 Hektar(4 Ekar 135 Depa). bersamaan

PELAN TAPAK DAN BANGUNAN BARU MATAIS

Rujuk lampiran

A. Pelan Tanah

B. Lakaran Ilustrasi Bangunan baru MATAIS

C. Pelan Tampak Hadapan

D. Pelan Cadangan Masjid MATAIS

E. Pelan Lantai Bawah

F. Pelan Lantai Atas

G. Pelan Bumbung


ANGGARAN KOS PEMBINAAN

A. Anggaran Kos Upah Bagi kerja-kerja Aras Bawah 
      -  RM 138,180.00
B. Anggaran Kos Upah Bagi kerja-kerja aras Atas   
      -  RM 148,180.00
    Anggaran Kos Upah Keseluruhan                   
      -  RM 286,360.00

C. Anggaran Kos Bahan Mentah                          
     -   RM 859,080.00

Anggaran Kos Upah dan Bahan Mentah adalah sebanyak   RM 1,145,440.00

D. Anggaran Kos Bagi Kerja-Kerja Plumbing           -  RM 57,272.00
E. Anggaran Kos bagi Kerja-kerja Sewage              -  RM 47,727.00
F. Anggaran Kos Bagi Kerja-kerja Pemasangan Tile -  RM 46,446.00
G. Anggaran Kos Bagi Kerja-Kerja Elektrikal           -  RM 159,658.00
H. Anggaran Kos bagi Kerja-kerja Cat                    -  RM 57,373.00
I . Anggaran Kos Tambahan                                        -  RM 11,454.40

JUMLAH ANGGARAN KOS KESELURUHAN       = RM 1,525,370.00

ANGGARAN MASA PEMBINAAN

Anggaran masa pembinaan adalah bergantung pada jumlah kutipan dana sumbangan, ini mengambil maklum keseluruhan dana bagi kerja-kerja membangunakan bangunan baru MATAIS adalah mengambil kira jarak masa kutipan. Di anggarkan jarak masa bagi pembinaan bangunan baru MATAIS ini paling awal akan mengambil masa selama Tiga Puluh Enam (36) bulan. Manakala jarak masa kerja paling lewat hendaklah tidak melebihi tempoh Tujuh Puluh Dua (72) bulan.

KENAPA MENYUMBANG PUSAT TAHFIZ MATAIS ?

1. Kami mendapat pengecualian cukai Pendapatan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri.
2. Tujuan pungutan adalah untuk membina bangunan MATAIS.
3. Kami juga menerima dua bentuk Zakat :
   a. Zakat Pendapatan - bulanan
   b. Zakat Perniagaan - tahunan
4. Anda diberi pilihan cara pembayaran iaitu :
    a. Mengirimkan ke pejabat kami
    b. Memberi PD cek
    c. Mengirimkan Wang POS
    d. Bank - in ke akaun kami
(Sila maklumkan melalui SMS @ Faks)
Ust Hamzah : 012-9648549

SUMBANGAN DAN BANTUAN

Memandangkan MATAIS adalah sebuah Institusi Pengajian Islam yang dikendalikan secara professional dan bukan bertujuan keuntungan (‘Non Profit’), maka seluruh anggota masyarakat Islam dan individu tertentu diseru untuk menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun barangan bagi menjayakan MATAIS ini. Sebarang bentuk sumbangan dan bantuan bolehlah dibuat atas nama

MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ISMAILIAH
No. Akaun: 03027020189897 (BIMB PASIR MAS)

*SUMBANGAN ANDA AKAN MENDAPAT PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN
LHDN.01/35/42/51/179-6.5499

No comments: